CERPEN:: LUCKY





 "Get out!!!"

Mak oi.. Terkejut aku dibuatnya. Suara siapalah garang sangat tu. Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke arah jeritan sebentar tadi. Tersentak aku apabila melihat seorang gadis menangis keluar dari bilik itu.

Apa kehel ni?

"Amin! Kenapa dengan Haliza tu?" aku bertanya kepada Amin. Satu-satunya sahabat aku yang paling garang. Semua orang takut akan dia. Tapi, aku langsung tak takut dekat dia ni. He he..

"Biasalah.. kerja tak pernah nak betul. Boleh pulak dia tertinggal projek yang penting bagi aku kat rumah dia." Keluh Amin lalu meneguk kopi yang berada di atas mejanya.

"Oh.. Alah biasalah tu.. Aku ingat kau fired dia ke apa.. Menangis Haliza tadi tahu. Garang betul kau ni.." balas aku dengan selamba. Sudah masak benar dengan perangai sahabatnya itu.

"Aku peduli apa.. Dah memang salah dia.."

"Kau buat apa datang sini?"soal Amin.

Aku tersengih..

"Jom lunch sama-sama. Aku ada berita gembira nak kongsi dengan kau.. Jom?" aku mengajak Amin. Tak sabar nak ceritakan sesuatu kepadanya..

"Sorry lah Mina.. Aku sibuk sangat hari ni.."

"Alah.. Asyik sibuk sibuk sibuk..”

Dah nak mula dah merajuk dia ni.. bisik Amin di dalam hati..

“Okeyla.. Kau tunggu kat kereta.. Nanti aku turun.” Amin mengalah.

“Yeay!” aku bersorak keriangan..

**

  Aku menyisip air milo yang baru sahaja dihantar di meja kami.

"Kau nak cerita apa tadi?" Amin mula meyoal.

"He he..Bulan depan aku dan Adam dah nak kahwin.."

Tersedak Amin yang sedang meneguk air horlick itu. Hish.. Boleh pulak dia tersedak.

"Apa kau cakap tadi?" soal Amin lagi. Seakan-akan tidak percaya apa yang didengari olehnya tadi.

"Aku dan Adam akan kahwin bulan depan. Kau ni kenapa? Terkejut bebeno ni.." Pelik betul aku dengan Amin ni.

"Asal awal sangat?"

"Oh.. Lupa nak bagitahu.. Orang tua dia yang nak cepatkan.. Sebab, mereka nak menunaikan haji tak lama lagi.." jelas aku.

"By the way, nah kad undangan.. Jangan lupa datang tau." Aku menghulurkan kad perkahwinan kepada Amin.

"Insya-Allah.."

***

  Hari ini aku nak ambil baju pengantin kat Butik Fiona. Tak sabar rasanya nak tengok baju pengantin yang bakal aku pakai bulan depan. Aku mencapai telefon bimbit untuk menelefon Adam.

"Hello.. Assalamualaikum.. Adam ada?" Aku memulakan bicara sebaik sahaja panggilan diangkat.

"Hello. Ada apa Mina call ni? Adam sibuk ni."

"Adam.. Hari ini, baju pengantin kita dah siap. Kak Fiona tanya bila kita nak ambil? ujar aku.

"Hari ini la.. Nanti Adam datang ambil Mina. Mina tunggu tau."

Lantas panggilan dimatikan. Belum sempat aku nak jawab apa-apa. Spoil betul Adam ni.

***

   Dah 1 jam aku tunggu si Adam ni. Nak kata ofis dia jauh dari rumah aku? Tak jugak..  Sebab, ofis dia dari rumah aku cuma 8km. Aku paling tak suka orang datang ambil aku lewat macam ni. Kalau tak jadi or ada something ke, call lah. Ini tidak.. Dahlah tak angkat telefon masa aku call.

Hah! Itu pun dia.. Nasib baik aku tak menyumpah seranah kuat-kuat tadi.

“Mina.. Sorry la.. Jalan jammed tadi..” ujar Adam.

Whatever.. Getus aku dalam hati.

It’s okay.. Mina faham.” Aku cuba untuk bersabar dan masih memberikan senyuman palsu kepada Adam. Aku tahu bahawa aku sedang hipokrit sekarang.

“Jom!” Adam menarik tangan aku. Aku cuba meleraikannya. Mana boleh main pegang-pegang tangan anak dara orang sesuka hati je weh!

“Adam! Janganlah pegang tangan Mina! Kita belum kahwin lagi.” Bentak aku. Aku tak kira. Dah memang salah dari syarak Islam.

“Awak ni kenapa Mina? Pegang tangan aje.. Takkan itu pun nak kecoh. Okeylah.. Adam minta maaf.”

***

  Setibanya kami di Butik Fiona, aku masih tiada bercakap dengan Adam. Entah kenapa aku geram sangat dengan perangai dia. Suka sangat nak pegang-pegang tangan aku. Dah aku kata aku tak suka maknanya tak suka lah! Haih Mina.. Kontrol sikit emosi kau. Tak lama lagi Adam akan jadi suami kau. Aku cuba untuk menenangkan diri.

“Mina.. Tolonglah jangan diam macam ni.. Adam dah minta maaf tadi.. Takkan Mina masih nak marahkan Adam.” Pujuk Adam.

“Mina nak Adam minta maaf kat Allah. Okeylah Adam, Mina pun taknak kita gaduh lagi. Dan satu! Tolong hormati Mina sepanjang kita belum diijabkabul lagi.”

“Okey. Balik nanti Adam akan cepat-cepat solat taubat.” Balas Adam sambil buat muka comel dia tu. Cair hati aku.. Ha ha.. Aku hanya tergelak tengok Adam yang tutur dengan penuh semangat tu.

***

“WHAT?!! Dia pegang tangan kau lagi? Dia tu bengap ke apa?”

Aduh! Berdesing telinga aku mendengar Amin menjerit kat handphone aku ni. Menyesal aku bagi tahu kat Amin.

“Weh! Jangan lah kata dia bengap. Tak baik lah kau ni.” Balas aku.

“Dah tu.? Kau nak suruh aku panggil dia stupid?”

“Itu sama aje dengan ‘bengap’! Adoi..Kau ni belajar bertingkat-tingkat, stupid dengan bengap pun tak boleh nak beza ke?”

“Whatever lah Mina oi.. Yang penting, kalau dia cuba buat kau menangis, kau kena beritahu aku. Aku akan jaga kau. Okey?” ujar Amin.

Amboi..Prihatin bebeno Amin terhadap aku.

“Okeylah Amin.. Aku sayang kau ketat-ketat sebab kau sanggup nak jaga aku. Mungkin begini lah perasaan kalau ada abang ek? Nasib baik kau dengan aku sama tua. Kalau kau tua dari aku, dah lama aku nak kau jadi abang angkat aku. He he..”

“Eleh.. Okeylah weh. Aku nak ke kedai jap.. Beli barang sikit. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam..” lantas aku menekan butang merah.

Lega sikit hati aku lepas berbual dengan Amin. Kenapa aku rasa terharu lepas dengar Amin beritahu dia nak jaga aku? Baik betul Amin.. Tapi sayang seribu kali sayang..  Sikap garangnya itu membuatkan ramai perempuan tak tahan dengannya. Muka dah hensem, tapi garang tinggi melangit.

***

  Sejak akhir-akhir ini, aku selalu sibuk. Nak tidur siang pun tak boleh. Mana tidaknya, perkahwinan aku dah nak dekat. Minggu depan pulak tu. Petang nanti aku nak pergi ambil baju kurung dan langsir yang ditempah. Adam kata dia nak pergi dengan aku hari ini. Tapi bila aku call, tak angkat pulak. Dia ni betul-betul serius nak kahwin dengan aku atau tidak sebenarnya?

“Hoi! Jauh termenung!” Rina menepuk bahuku. Kus semangat.

“Woi minah! Lain kali bagi salam dulu. Mahunya tak terkejut aku! Nasib baik aku takde penyakit lemah jantung..”

Rina tersengih. Rina ini sepupu aku. Rupanya boleh tahan lawa. Tapi kalau nak dibandingkan dengan aku, cantik aku lagilah.. Ha ha..

“Amin ada tunggu kau kat luar tu.. Baru aje sampai.” Beritahu Rina.

“Amin? Apa dia buat kat sini?” soal aku kepada Rina. Bukan apa, sepatutnya dia kena pergi outstation hari ini. Di Sabah tak silap aku.

“Mana aku tahu.. Hensem jugak dia tu.. Kau kirimkan salam aku untuk dia, okey?”

Amboi-amboi.. gatal betul sepupu aku ini. Aku hanya menggeleng-geleng kepala. Aku bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke ruang tamu. Eh, kejap! Mana pulak tudung aku ini? Aku mencari-cari tudung untuk dipakai. Ada pun.. Aku meneruskan langkah ke ruang tamu.

“Assalamualaikum.” Aku menyapa sambil tersenyum. Rindu pula aku dengan Amin ni. Dah lama betul aku tak jumpa dia.

“wa’alaikumussalam.” Jawab Amin yang juga turut membalas senyumanku.

“Kau buat apa kat sini Amin?”tanpa segan silu aku terus menyoal. Ha ha..  Aku ni jenis straight to the point okay.

“Erk? Tak sudi ke aku datang melawat rumah kau ni?”

Eh? Amin terasa hati ke? Oh my…

“Eh! Mana ada.. Alang-alang kau datang rumah aku ni, jom temankan aku pergi ambil baju kurung jap.” Okey jugak kalau aku pergi dengan Amin.. Tak adalah bosan sangat kalau pergi sorang-sorang.

“Hmm.. Boleh ke? Nanti kalau Adam marah?” Amin menyoal.

Adam nak marah? Peduli apa aku.. He he..

“Ala.. Pandai-pandailah aku terangkan. Jom la..”aku menggesa dengan harapan Amin akan bersetuju untuk menemani aku.

“Okeylah.. Cepat sikit tahu!”

“Yeay!”

***

  Baju dan ambil. Langsir belum lagi. Aku menilik baju yang baru aku ambil bersama Amin tadi.

“Mina.. Aku nak tanya sikit..” perlahan sahaja Amin menutur kata.

“Tanya ajela..”balas aku.

“Kau dengan Adam gaduh ke? “

“Mana ada.. Kenapa kau tanya macam tu?” pelik betul aku dengan Amin ni. Tiba-tiba aje tanya aku macam tu.

“Tak ada apa-apa. Just asking.” Balas Amin.

Syahmina, andai kau tahu siapa Adam sebenarnya.. bisik hati Amin sendirian.

“Amin! Stop the car!”

Secara automatik Amin menekan brek. Apa kena pulak dengan Mina ni?

“Adam.. Dia Adam atau bukan?” tanya aku kepada Amin. Aku takut aku tersalah orang. Aku takut orang yang sedang bercium di khalayak ramai itu bukan Adam.

“Kau rasa?” ujar Amin dengan sinis. Sebenarnya dia dah tahu perangai Adam.

“Ini tak boleh jadi..” lantas aku keluar dari kereta dan menuju ke arah Adam yang sedang berasmara tak senonoh tu!

PANG!

Hah! Kan dah kena penampar mahal aku! Terpinga-pinga Adam dan wanita yang berada di sebelahnya.

“Adam! Minggu depan kita dah nak kahwin. Kenapa awak buat perangai tak senonoh macam ni! Ingat Allah Adam! “ mata aku sudah tidak tahan. Akhirnya gugur air mataku..

“Kau sape nak tampar aku!!” Adam mengangkat tangan untuk menampar aku. Aku menunduk pantas. Aik? Mana tamparan tu? Lalu aku mendongak ke atas. Amin menggenggam tangan Adam.

“Jangan kau sesekali cuba mengasari pipi Syahmina..” Amin menatap tajam mata Adam.

“Okey fine! Jangan harap aku nak kahwin dengan kau Mina.. Batalkan saja perkahwinan kita!” gertak Adam.

Cis! Kau ingat aku takut? Aku mencabut cincin pertunangan dan lontar ke muka Adam.

“Who cares? Saya pun tak nak suami macam ni..” Aku berlalu dari situ dan masuk kembali ke dalam kereta Amin. Amin mengikuti aku dari belakang.

  Amin menghidupkan enjin dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.

***

“Apa??” ibu menjerit seakan-akan tidak percaya apa yang aku ceritakan tadi. Amin hanya memandang sahaja ke arah kami berdua.

“Adam tak nak kahwin dengan Mina. Dan Mina juga tak kan kahwin orang macam dia.” Jelas aku sekali lagi.

“Tapi Mina.. semua kad undangan kita dah bagi. Nak letak mana muka family kita nanti?” soal abah yang risau. Bagi aku, biarlah apa orang nak kata. Aku yang tak nak kahwin bukan hal dia orang pun. He he.. senang aje jawapan aku,kan?

“Nak buat macam mana lagi abah. Kami memang takde jodoh.” Ujar aku dengan pasrah.

***

Kompang dipalu..
Pengantin baru..
Duduk bersanding..
Tersipu malu..

    Bunyi kompang dimainkan di hadapan rumah aku. Majlis perkahwinan aku tetap berjalan mengikut tarikh kad perkahwinan. Perkahwinan ini atas dasar kerelaan hati kedua-dua belah pihak dan untuk menjaga nama baik keluarga. Tapi, pengantin lelaki sememangnya bukan Adam! Tapi Amin. Muhammad Amin bin Ghazali. Sahabat aku dari sekolah menengah itulah! Aku sememangnya terkejut gila apabila dia kata dia sudi untuk jadi pengantin lelaki. Itu maknanya dia sudi nak kahwin dengan aku. Serius aku tergamam gila waktu tu. Abah dan ibu pula, senang-senang aje setuju. Aku bukannya benci akan Amin. Tapi, aku rasa Amin hanya kasihan akan aku. Aku tak suka dikasihani!

“Syahmina.. Are you okay?” Amin menguis jarinya di hadapan muka aku.

“Eh, aku okay je..”

“Ehem! I’m your husband okay.” Amin menatap mata aku.

Okey! Sekarang aku rasa nak tergelak. Apasal serius sangat muka dia ni!

“Ha  ha ha.. Kenapa dengan kau ni.. Okey-okey.. Sekarang kau dah jadi laki aku sebaik sahaja diakad nikah oleh tok kadi pagi tadi. So?” soal aku. He he.. Sorry beb, aku belum siap nak jadi isteri kau sebenarnya. Shock gila masa kau kata kau cintakan aku. Adoi.. tak sangka kau cintakan aku dalam diam wahai Amin..

“Ala.. Panggil lah ‘abang’ ke.. Jangan lah ‘kau’ ‘aku’..”

Hish dia ni! Aku hempuk jugak karang.

“he he.. Okey-okey.. Abang suka ke jadi suami Mina?” aku cuba menahan gelak. Kelakar pulak panggil Amin dengan panggilan tu.. Ha ha ha..

Amin tersenyum sebaik sahaja mendengar Syahmina memanggil dirinya dengan panggilan itu.

“Eh? Mestilah suka.. Mina adalah orang yang abang cinta sejak sekolah menengah lagi tahu.”

Erk? Aku tak tahu kenapa aku nak tergelak ni.. Akhirnya tersembur jugak ketawa aku. Lama jugak nak tunggu berhenti ni.. Aduhai.. Sakit perut den..

“Sorry lah Amin.. aku betul-betul tak tahu apa nak kata.. Sebab.. Aku masih belum bersedia. Macamlah kau tak tahu aku memang terkejut dari hari itu lagi..”

Amin mengeluh. Tidak sangka bahawa Syahmina masih tidak boleh menyerahkan hatinya itu untuk Amin.

“Tak apalah.. Aku faham.” Keluh Amin.

Serba-salah pula aku dibuatnya.. Adoi.. Ingat Mina! Syurga kau di bawah telapak kaki suami. Adoi-adoi..

“Amin! Okey-okey.. Aku akan cuba.. Tapi kau jangan lah macam ni.. Tolonglah jangan marah aku.. Sebab aku takut masuk neraka.” Aku tak kira. Aku akan cuba jugak menyintai Amin. Cita-cita aku nak jadi isteri solehah. Aku nak masuk syurga…

“Tak ada apa-apalah.. Abang akan tunggu Allah bukakan hati Mina untuk abang.” Ujar Amin sambil tersenyum.

“Amin…” serentak kami berdua mengaminkan doa. Seraya kami berdua ketawa.

***

  Sudah dua minggu aku jadi isteri Amin.. Ada perubahan sikit. Aku dah mula berbahasa dengan nama. He he.. Tapi bicara Amin terhadap aku masih sama. Berjiwang bagai. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, dah lama aku tak tengok Amin mengamuk. Teringin jugak nak tengok lagi.. Ha ha.. Syahmina! Jangan nak cari pasal!

“Mina..” panggil Amin sambil membelai rambutku. Aku biarkan sahaja. Sebab boleh pahala tu.. Suami membelai rambut isteri. Senang-senang aje dapat pahala kan? Ha ha..

“Ada apa ni Amin?” aku menyoal. Mataku tertumpu tepat ke mata Amin. Terhenti sebentar menonton drama kesukaan aku.

“Esok, abang kena pergi outstation.. Nak ikut tak?”

Outstation? Hmm….

“Kat dalam negeri atau luar negeri?” soal aku lagi.

“Luar negara. Di Bali..” jawab Amin.

Tersedak aku dibuatnya. Kalau kat luar negara mana boleh! Aku gayat naik kapal terbang. Mataku hanya terkebil-kebil. Tak tahu nak jawab apa. He he..

“Means, kena naik kapal terbang,kan? Erk..” Aku hanya tersengih..

“Oh! Abang lupa.. Mina gayat naik kapal terbang.. Adoi.. “  Amin menepuk dahinya. Lupa lah tu..

“Mina minta maaf sangat-sangat ya Amin.. Mina tak boleh ikut..” ujar aku dengan perlahan.

“Hmm.. Tapi dengan satu syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Mina tidur rumah umi ya? Sebab abang tak nak Mina duk rumah sorang-sorang.”

Oh.. Ingatkan syarat pebende lah tadi. Bikin takut aku aje..

“Itu gampang.. He he..”

***

  Aku mencium tangan Amin yang sedang bersiap sedia untuk ke lapangan terbang. Berat rasa hati ini untuk melepaskan Amin pergi. Walaupun hanya tiga hari. Aku rasa tak nak lepas aje dia ni. He he.. Gatal betul kau ni Syahmina. Padahal kau juga tak bersedia nak jadi isteri Amin lagi.

“Abang pergi dulu ya sayang. “ ujar Amin sebaik sahaja mencium dahiku.

“Abang Amin ni macam takut sangat kak Mina tu hilang. Kak Mina akan selamat duduk di sini abang Amin oii..” sindir Amna satu-satunya adik perempuan Amin. Aku hanya tersenyum kecil. Malu pula dengan kata-kata adik ipar aku sorang ni.

“Eh, mestilah. Isteri kesayangan abang ni.. Kau apa tahu?” balas Amin tak mahu mengalah.

“Okeylah Umi, Amin pergi dulu. Assalamualaikum.” Lalu Amin masuk ke dalam kereta yang datang menjemputnya.

   Aku masuk ke dalam rumah setelah Amin berlalu. Sekarang aku tak tahu nak buat apa kat rumah umi. Hmmm…

“Akak! Jom tengok drama korea?” Amna mengajak sambil menunjukkan CD drama korea.

“Boleh jugak. Jom!”

  Sedang kami sakan menonton drama korea, umi datang duduk di sebelah aku. Aku hanya tersenyum memandang umi.

“Mina.. Umi nak tanya sikit.” Umi bersuara perlahan.

“Ada apa umi?” lalu aku memandang umi.

“Mina dan Amin tak bergaduh,kan?”

Aik? Apasal pula umi tetiba tanya soalan macam ni? Aku dengan Amin nampak macam bergaduh ke tadi? Rasanya tidak pun.

“Gaduh? Mana ada umi.. Kenapa umi tanya macam tu?” soal aku pula.

“Tak adalah.. Perkahwinan kamu berdua ini kan secara mendadak. Mana lah tahu kamu dua orang belum biasa lagi.” Jelas umi jujur.

“Oh.. Hubungan kami okey je.” Jawab aku sambil tersenyum.

“Kalau macam tu, cepat-cepat lah Mina dan Amin bagi cucu kat umi ya. Tak sabar pula umi nak jadi nenek.” Ujar umi.

Gulp! Aku dengan Amin tak pernah lagi tidur sebilik wahai umi yang tercinta. Anak pulak? Tak tahu lah aku nak jawab apa dekat umi. Aku hanya berdiam diri.

“Kenapa dengan Mina? Takkan la Mina dengan Amin tak tidur satu bilik?”

Omak! Macam mana ni…

“Hah? Kami macam biasalah umi. Suami dan isteri memang kena tidur satu bilik. “

Nah! Kau berbohong Syahmina! Bohong dekat mak mertua pulak tu.. Ampunilah dosaku ini Ya Allah..

Umi tersenyum lega.

***

“Amin, tidurlah kat rumah umi satu hari. Dah lewat ni.. Esok baru kamu pulang,ya?” pinta umi kepada Amin. Aku hanya memerhati perbualan mereka dari dapur.

“Baiklah umi.. Esok baru Amin pulang.” Amin akur kehendak uminya.

Ala.. Aku nak balik.. Hatiku merintih pilu. Lalu aku melangkah masuk ke dalam bilik. Aku kalau merajuk, apa lagi? Pukul 9 malam jugak aku tidur. Lantas aku menarik selimut. Melayan perasaan dengan lagu ‘If I Die Young’. Apahal pula aku pasang lagu tu? Dah itu lagu kegemaran aku.

“Mina?” Amin menarik selimut aku dengan pantas. Aduh! Kacau daun betul laki aku ni.. Baru aje nak layan perasaan.

“Kenapa Mina tak turun bawah masa makan malam tadi?” soal Amin. Terpaksa juga aku bangun untuk menghormatinya sebagai suami.

“No mood” malas sahaja jawapan yang aku bagi.

“Aik? Nak makan pun kena ada mood? Selalu Mina makan, tak kira waktu.” Gurau Amin.

“Orang cakap takde mood, so takde la.. dahlah! Orang nak tidur ni.” Lantas aku menarik balik selimut. Belum sempat nak berbaring Amin menarik aku ke dakapnya.

“Uhuk-uhuk” terbatuk aku dibuatnya.

“Mina marah abang kan? Kut ye pun nak tidur, janganlah sambil pasang earfon kat telinga.. Meh abang tolong berzikir kat telinga Mina.”

Tergelak besar aku mendengar kata-kata Amin. Boleh pulak buat lawak. Suka hati aku la nak pasang earfon kat telinga.

“Nak tolong berzikir kat telinga Mina? Kenapa pulak?” soal aku yang masih tidak mahu meleraikan pelukan yang erat ini.

“Sebab, kalau nak tidur, kita kena banyak-banyak mengucap dan berzikir. Baru tidur jadi tenang. “ jelas Amin sambil membisikkan ke telinga aku. Okey! Sekarang aku dah rasa romantik bagai laki aku malam ni. Cepat-cepat aku leraikan pelukan.

“Aik? Kenapa cepat sangat lari dari abang?” soal Amin yang berpura-pura tak tahu. Padahal dia tahu aku tengah malu gila ni. Tak nampak ke muka aku tengah blushing ni?

“Mina ngantuk. Nak tidur. Good night!” lantas aku menarik balik selimut.

Amin hanya menggeleng-geleng kepala melihat tingkah comel isterinya itu. Siapa? Aku lah tu.. he he..

***

“APA umi cakap ni? Amin  dan Mina memang dah bahagia lah umi.” Jelas Amin kepada umi. Aku hanya curi-curi dengar di sebalik dinding bilik. Umi dengan Amin bergaduh ke?

“Umi tahu, hanya kamu yang sangat cintakan Syahmina tu. Tapi, ada Syahmina balas cinta kamu? Umi tahu semalam kamu hanya tidur di atas lantai.”ujar umi bernada sinis.

“..Umi rasa lebih baik kamu cari aje perempuan lain jadi isteri kamu. Banyak lagi yang sesuai.” Sambung umi lagi.

Hatiku sebak sebaik sahaja mendengar kata-kata umi itu. Teruk sangatkah aku ini? Aku dah cuba sedaya upaya untuk menyintai Amin. Kenapa umi sanggup berkata sedemikian pula. Air mata aku mengalir ke pipi. Kata-kata umi itu cukup membuatkan hatiku terguris. Dengan segera aku mengemas pakaian. Aku nak balik rumah ibu dan abah!

“Mina nak ke mana?” Amin menarik lengan aku. Aku hanya menunduk muka ke bawah. Tidak mahu menunjukkan rupa aku yang sedang menangis ini. Perlahan-lahan Amin mengangkat muka aku.

“Kenapa Mina nangis?” soal Amin.

“Kenapa Amin tanya?  Mina tahu Mina bukan isteri yang baik untuk Amin. Tapi, Amin tahu tak, kata-kata yang Mina dengar tadi sudah cukup membuatkan hati Mina terguris. Mina tak sanggup jadi isteri macam ni. Mina tak sanggup. Amin carilah orang lain.” Aku terduduk . Sungguh aku tak berdaya untuk menerima dugaan seperti ini.

“Mina! Sampai bila-bila abang tak akan tinggalkan Mina. Ingat itu! Abang cintakan Mina.” Jelas Amin yang juga duduk bersama aku.

“Abang pergi ajela cari perempuan lain. Ceraikan sahaja Syah..” belum sempat aku menghabiskan ayat, aku didakap oleh Amin.

“No! If I say no, so it is no! Abang dah cakap bahasa Inggeris ni. Takkan sayang tak faham lagi. Sayang nak abang cakap bahasa korea ke? Kalau itu, sorry, abang tak reti.”

Tergelak aku mendengar lawak Amin. Boleh pulak buat lawak. Lupa habis keadaan aku yang sedang emo tadi.

“Tapi..”

Amin meletakkan jari telujuknya ke mulutku.

Okey! Fine..

“I wanna ask you something.” Aku kembali bersuara.

“Anything for you darling.. what is it?”

“Kenapa Amin sanggup tunggu Mina?” aku menyoal.

“La.. Mina ni faham tak apa yang abang cakap tadi? Tadi abang dah cakap bahasa melayu, English. Nih mesti nak suruh abang cakap bahasa korea baru sayang faham,kan?  Sarang haeyo Syahmina. Itu je bahasa yang abang tahu.” Jelas Amin sambil tersenyum.

“Sebab itu aje?” soal aku lagi.

“Hmm.. sebab abang nak sehidup semati dengan Syahmina. Nur Syahmina binti Rasyidin.” Ujar Amin dengan penuh yakin.

“Sarang haeyo abang too!!” aku memeluk balik tubuh suamiku yang tercinta itu. Serius sekarang aku dah tahu erti cinta. Ini cinta versi lepas kahwin tahu. Lain dari versi sebelum nikah.

“Aik? Campur-campur pulak bahasa dia.”

***

“Mina, umi minta maaf kalau kata-kata umi semalam buat Mina tersinggung.” Ujar umi yang ingin melutut. Cepat-cepat aku mengangkat tubuh umi.

“Apa umi ni.. Mina dah maafkan umi. Tak payahlah buat macam ni. Sepatutnya Mina yang bersujud di kaki umi. Mina minta maaf sangat kat umi sebab Mina tipu umi baru-baru ini.” Segera aku mencium tangan mak mertua aku.

“ehem! Drama apa pula kat sini ni?” soal Amna yang dalam kebingungan. Mana tidaknya, dia mana tidur di rumah semalam. Dia menginap di rumah rakannya.

“Inilah drama korea. Akak Mina kamu ni ha.. Kalau abang kata ‘Saya Cintakan Awak’ dia tak faham, ‘I Love You’, pun dia tak faham.. lepas cakap ‘Sarang Haeyo’, baru dia faham! Semua ni sebab kau lah Amna oi.. Pengaruh korea betul.” Ujar Amin tak henti-henti. Suka sangatlah tu kenakan aku.

“Oh, itu sudah semestinya..” balas Amna yang mengenyit mata kepada ku. Aku turut membalas kenyitan itu.

***

Setelah aku selesai menyiapkan makan malam, aku duduk di kerusi menunggu Amin pulang dari kerja. Bosan lah pulak.. Lantas aku mendengar radio Era FM untuk menghiburkan suasana yang bosan sekarang ini. Lagu Lucky dari Jason Mraz dan Colbie Cailat sedang diputarkan. Best lagu ini.

“Sayang!”

Kus semangat. Laki aku ni masuk ikut pintu mana entah. Tak dengar pulak bunyi pintu dibuka tadi.

“Abang ni tak boleh nak beri salam dulu ke?” soal aku geram dengan sikap Amin ni.

“Apa Mina panggil abang tadi? Alhamdulillah.. Mina dah boleh terima abang.” Tersenyum Amin setelah mendengar aku panggil dia dengan panggilan ‘abang’ tadi. Suka sangatlah tu.

“Apa Mina panggil tadi ya? Lupa la..” sengaja aku nak kenakan cik abang ni.

“Main-main pula Mina ni.. geletek kan.” Ugut Amin kepadaku.

“Eh,jangan! Dengar lagu dulu. Lagu favourite ni.”

“Lucky I’m in love with my bestfriend.. Lucky to have been where I have been. .. Lucky to becoming home someday..” aku turut mengikuti lagu yang dimainkan di Era FM.

“Hah! Cintakan abanglah tu kan?” teka Amin yang sebenarnya sudah tahu jawapannya.

“Eh, takdela.. Mina cintakan Jason Mraz..” jawab aku cuba mengelak.

“Oh.. abang nak cintakan Colbie Caillat kalau macam tu.” Balas Amin pula.

“Mana boleh!” pantas aku menghalang.

“Kenapa pulak? Mina boleh je sukakan Jason Mraz. Abang nak jugak.”

Ceh. Ngade-ngade betul.

“No! No! No! Abang adalah suami Syahmina forever and always..” ujar aku sambil membuat nada lagu ‘Forever and Always’ dari Taylor Swift. Salah satu lagu favourite  aku juga tahu.

Amin tersenyum puas mendengar penyataan itu dari mulut aku.

“Abang, kenapa abang tak marah-marah? Dah lama Mina tak tengok abang marah.” Hah! Syahmina dah start nak cari pasal. He he.

“Abang takkan marah orang yang abang sayangi. Dah ! Jom makan!” lalu Amin menarik tangan aku ke meja makan.

Aku bahagia sekali menjadi suami Muhammad Amin bin Ghazali. It is my luck. Thanks to Allah for giving me a husband like Amin. Alhamdulillah…

TAMAT.

-Sorry kalau cerpen ini terlalu panjang. He he.
-Thank you kepada sesiapa sudi baca cerpen tak seberapa ini. :D

Assalamualaikum

Comments

Popular Posts