Impian Hatiku 2

   Hari ini, kak Hani yang menjemput Balqis pulang dari sekolah. Fuh.. So takyah susah-susah aku pergi menjemput Balqis. Lenguh habis badan aku ni. Walaupun aku tak payah jemput Balqis pulang, tapi aku kena sediakan makanan tengah hari! Aduyai, takleh nak rehat sikit.

TING!TONG! Loceng pintu rumah berbunyi.

"Kejap! " aku menjerit. Hish! Sape pulak le datang nih! Aku menuju ke pintu hadapan lalu membuka pintu tersebut. Eh kejap! Aku segera tutup pintu kembali. Bukan apa, lupa nak pakai tudung. Setelah aku memakai tudung, baru aku membuka pintu itu kembali.

"Yes! Ada apa?" aku bertanya. Aik? Mamak mana pula yang pakai topi ni? Pegang raket pula tu. Hello! Bukaklah topi tu! Asyik duk tunduk, pe kes?

Akhirnya mamak tersebut membuang perlahan-lahan topi yang dipakainya. Tersentap aku sebentar! Macam pernah tengok muka dia ni! Kat mana,ya? Oh ya! Mamak semalam lah! Aku pun dah lupa apa nama dia.

"Awak?" lelaki itu menyoal dengan mengangkat sebelah keningnya. Waduh-waduh. Machonya!

"Sape eak?" aku berpura-pura tidak mengenali mamak tersebut. Kah kah! Saja buat lawak bodoh.

"Saya yang tolong Balqis semalam, Darwish." ujar mamak tersebut. Tak baik betul aku! Ok! Nama dia Darwish. Aku takkan panggil mamak lagi. Mama aku cakap, kita takleh panggil orang dengan nama sebarangan!

"Oh! Darwish..Ada apa,ya?"

"Anyway, ni kad jemputan perkahwinan." Dia menghulurkan sekeping kad perkahwinan kepadaku. Berwarna pink? Eee!

"Kad kahwin? Sape kahwin? Awak?" Ha ha! Macam peluru pulak pertanyaan aku.

"Takdelah. Kakak. By the way, rumah kami kat sana." Darwish menunjukkan rumahnya. Oh! Dekat aje. Tak sangka pula, rumah Darwish ni berjiran dengan rumah kakak aku. He he..

"Oh! Itu rumah awak?"

Darwish mengangguk.

"Jangan lupa datang! "

"Insya-Allah."

Insha-Allah..
Insha-Allah..
Insha-Allah..
You'll fine the way...


Segera Darwish mengangkat panggilan di handphone nya. Aku sedikit tergelak mendengar ringtone milik handphone Darwish sebentar tadi. Ha ha.. Aku baru aje sebut perkataan 'Insya-Allah'. Kebetulan betul!

Darwish berlalu dari situ sambil bercakap di handphone lagi. Aku hanya memandang ke arahnya dengan menggeleng kepala. Aduyai..

****

"Auntie!!!!!!"  Balqis memeluk aku dari belakang. Amboi-amboi..Happy bebeno anak saudara aku ni!

"Hanis masak apa hari ni?" Kak Hani bertanya kepadaku.

"Masak nasi goreng je..Lalala.." aku cuba melarikan diri. Ha ha.. Sebenarnya kak Hani menyuruh aku memasak gulai ayam. Malaslah aku yang mencuci ayam. Aku ni memang malas sejak azali.

"Hanis!! Setakat nasi goreng buat apa akak beli ayam semalam?" Ha ha.. Dah nak start mengamuk kakak aku ni.

"Balqis! Lari!!!" aku mendukung Balqis dan melarikan diri ke tingkat atas.

Balqis terkekeh ketawa dengan perlakuan aku yang melarikan diri daripada kak Hani.

"Aduh! Letih betul.." aku tercungap-cungap keletihan Dahlah berat badan Balqis nih. Menyesal aku dukung!

"Auntie! Nah!" Balqis menyerahkan sapu tangan yang aku suruh pulangkan kepada Darwish?

"Balqis! Semalam,kan auntie suruh Balqis pulangkan balik sapu tangan ni."

"Balqis dah pulangkan. Uncle Darwish cakap, dia hadiahkan untuk auntie. Jadi Balqis bawak baliklah." ujar Balqis.

Aku mengerutkan dahi. Aik? Hadiah untuk aku? Ha ha! Dah kena sampuk kah Darwish ni?

******

   Usai Subuh, aku segera mengenakan pakaian yang memang menutup aurat sama sekali. Hari ini aku nak enjoy puas-puas. Aku nak shopping pakaian ! Ha ha! Peduli apa..

"Balqis nak ikut!"

Aik? Bila masa budak ni masuk dalam bilik aku?

"Tak boleh! Balqis kena duduk dengan mama and papa hari ini." aku membantah.

Balqis memuncungkan mulutnya. Merajuk ke? Ha ha.. Apa kamu fikir auntie Hanis amek peduli dengan muncung itik kamu itu? Bicara hatiku. He he.. Ibu saudara yang jahat.

Comments

Popular Posts