Impian Hatiku 1

    Balqis berlari dengan penuh teruja. Hari ini, merupakan hari pertama persekolahannya. Sebab itulah excited bebeno budak kecik nih..

"Balqis! Tunggu auntie , sayang!"

Adeh..Letih betul duk kejar budak kecik nih! Aku merungut.

"Auntie Hanis c'mon. Qis tak sabar ni.." Balqis terus berlari menuju ke sekolah pertamanya. Dia langsung tidak menoleh sekeliling. Tingkah lakunya itu menyebabkan dia dilanggar oleh seorang pemuda.Aku segera mendapatkan Balqis. Nasib baik Balqis bukan jenis kanak-kanak yang mudah menangis.

"Sorry-sorry.." Aku meminta maaf terhadap pemuda tersebut.

"It's okay.." balas pemuda tersebut.

"Auntie..Jom la.." Balqis membisik di telingaku.

Pemuda tersebut tersenyum melihat tingkah Balqis.

"Anak awak ke?" soal pemuda tersebut.

ANAK? What the hell tetiba Balqis jadi anak aku? Tua sangat ke rupa aku yang sebegini kiut nih? Sabar Hanis. Sabar.. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam.

"Anak? Takdela.. She's my niece." jelas Hanis dengan berhati-hati. Kut-kut terkeluar kata-kata kesat. Ha ha..

"Oh! Sorry. " Pemuda tersebut menggaru kepalanya. Mungkin yang tidak gatal.

"Nevermind." Mataku tertumpu pada seorang budak perempuan yang berada di belakang pemuda tersebut. Siapa ya? Hatiku bertanya.

"Anak awak ke kat belakang?" aku bertanya.

"Hah? Nope. Adik lah." jelas pemuda tersebut.

"Adik?" Kali ini aku pula yang menggaru kepala yang sebenarnya langsung tidak gatal.

"Yup! Adik. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?" soal pemuda tersebut.

Tanpa sempat aku membalas pertanyaan pemuda tersebut. Balqis menarik lenganku.

"Auntie! Jomlah!"

"Okay-okay! "


"Sorry..I have to go now." balas aku dan sempat lagi memberikan senyuman kepada pemuda tersebut.

******

     Ahh..Letih nya hari ini. Aku ingat cuti semester ni, boleh lah tidur! Huh! Menyesal aku balik rumah kakak. Kan bagus kalau aku balik rumah mama. Nasib-nasib..Kak Hani dan abang Syafiq pergi kerja. Aku pula? Kena jaga anak sulung diorang. Hmm.. Redha ajela.. Aku baru aje nak rehat-rehat kan minda pada cuti semester yang pertama ini. Tengah hari nanti, aku kena ambil Balqis pulang dari sekolah pula. Aku melihat jam di dinding. Baru pukul 11. Tidurlah dulu.

    Aku melihat seseorang sedang bermain badminton. Wajahnya kelihatan pudar. Aku cuba melihat secara lebih dekat wajah pemain tersebut. Arghh.. Apesal tak nampak nih? Lantaklah. Peduli apa aku.. Ha ha.. Hebat juga cara dia smash. Lin Dan kah itu? Ha ha..Taufik Hidayat kah? Apesal aku duk teringatan pemain luar Malaysia? Ha ha.. Lee Chong Wei kah itu? Wait a minute.! Macam ada orang panggil aku je..

"Hanis..........."

Sayu sekali kedengaran panggilan tersebut.Aku menuju ke arah panggilan tersebut. Tanpa aku sedari..

GEDEBUK!

   Aduh! Amek kau. Jatuh katil! Aku melihat jam di dinding. Oh! Pukul 2. Pukul 2??? Alamak! Balqis! Dengan tergesa-gesa aku aku memandu kereta kancil milikku. Hatiku berdebar-debar sekali. Aku harap Balqis tidak apa-apa.

    Setelah aku parking kereta. Aku segera mencari Balqis di sekitar sekolah. Tiada?  Tak mungkin?

"Balqis!" aku menjerit memanggil-manggil nama Balqis. Mataku sudah mula berkaca. Aku sudah bertanya pada makcik-makcik yang menjual di gerai hadapan sekolah. Mereka beritahu, Balqis dibawa oleh seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Tak mungkin Balqis diculik! Tak! Aku cuba menidakkan juga.

"Auntie! " terasa pelukkan dari seseorang dari belakang. Balqis?

"Balqis!" Air mataku gugur jua. Aku memeluk Balqis dengan penuh erat.

"Sorry , buat awak risau pula. Sebenarnya saya bawa Balqis jalan-jalan sahaja. Risau pula tengok dia seorang diri." jelas pemuda tersebut sambil menghulurkan sapu tangan miliknya.

   Aku macam pernah lihat sahaja pemuda tersebut. Oh ya! Itu pemuda pagi tadi. Dengan pantas aku menyambut sapu tangan yang dihulurnya untuk mengelap air mata yang mengalir ke pipi aku. Malu pula aku! Hu hu..

"Kenapa auntie lewat?" soal Balqis.

"Sorry lah..Auntie tertidur.. He he.." bisik aku ke telinga Balqis. Malu juga kalau didengari oleh pemuda tersebut.

"Auntie! Balqis dah ada kawan baru tau! Tu dia. Yang berdiri di belakang uncle Darwish. Syasya namanya." jelas Balqis dengan penuh girang.

Uncle Darwish? Oh! Nama pemuda itu agaknya. Aku hanya tersenyum mendengar apa yang diberitahu oleh Balqis.

"By the way, thanks sebab tengokkan Balqis. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi."  Aku menunduk-nunduk kepala.

"Eh! Takpe-takpe. " balas Darwish.

"Nama saya Taufiq Darwish." Darwish memperkenalkan diri.

"Saya Hanis. Nur Hanis Suraiya." Aku tersenyum lagi.

"Saya kena gerak dulu. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih kat awak." ujar aku.

   Aku masuk ke dalam kereta dengan penuh rasa malu! Malu! Malu! Balqis pula? Duduk terkekeh-kekeh ketawa. Entah pebende yang lawak bagi nya.

"Balqis! Ada sesuatu yang lawak, ke?" aku menyoal.

"Takdela. Sebenarnya, uncle Darwish pun lambat jemput Syasya. Sebab tertidur jugak. Tapi auntie Hanis lagi lewat dari uncle Darwish." jelas Balqis dengan jujur sekali. Ibunya memang pantang kalau Balqis cakap bohong.

"Dah-dah! Esok Balqis pulangkan sapu tangan uncle Darwish "

*******

KOOKK!!KKOOKKK!!KKOOKK!!! Bunyi nada ayam kedengaran di telefon bimbitku sebagai nada SMS. Segera aku mebuka peti inbox. Dari Khairunisa'. Kawan baik aku dari sekolah menengah lagi. Hu hu..

Beb! Aku jadi pengerusi Kelab Badminton! lol~ =,='

Aku menekan-nekan butang di handphone untuk membalas mesej Neesa.

Ha ha.. :D..Bertambah busy le ko nanti..Camne ko leh taw?

Beberapa saat mesej seterusnya sampai. Amboi..Cepat bebeno balas si Neesa ni.

Geng-geng pakwe aku yang cadangkan. Hello! Nama ko pun ada wokey.. As my assistant. Ha ha..

Terbuntang mata aku baca SMS tersebut. Takkan la! Tidak.......Aku membalas mesej tersebut.

What the hell?OMG! Memang nak kene lah orang yang cadangkan nama aku tuh! Huh!

Beberapa saat lagi, SMS seterusnya sampai.

Lalala..Okey lah.. Aku nak lunch dulu.. Daaaaaaa...


    Aku tidak membalas mesej tersebut. Malaslah. Jimat kredit..Wakaka..Aku jadi naib pengerusi kelab badminton? Mungkin inilah maksud di sebalik mimpi aku semalam. Ha ha.. Memandai je..

Comments

Popular Posts